Tuesday, February 28, 2012

haruskah kita berpisah..


Rindunya aku saat ini,
Rindu padamu kasih,
Puasku cuba menghubungi mu,
Namun kau diam membisu..

Apa salahnya diri ini,
Kau siksakan hidup ku,
Pergi mu tika ku memerlukan,
Cebisan kasih dan sayang,
Aku inginkan cinta yang berkekalan,
Kau damba perpisahan..

Menangis hatiku menangis,
Mendengarkan kabar hiba,
Terhiris jiwaku terhiris,
Mengalir air mata..

Sayang mengapa buat begini,
Disaat rindu merah menyala,
Kasih ku sangka kau kan setia,
Rupanya dikau bersandiwara,
Sayang,haruskah kita berpisah,
Angkara orang ke3,..

Jangan lah kau pergi dari ku kasih,
Kerana kau masih ku cinta,

Sepinya aku saat ini,
Diri tersisih jauh,
Kau tetap dgn keegoan mu,
Untuk meninggalkan aku,.

Monday, February 13, 2012

menjangkau 19 and tq all..

firstly assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. :)

hari ni terasa nak cerita something la kat blog nie..
ok nak cite pasal ape ye?? 
hehehe
sebenarnya nurul nak crita tentang umur nurul yang dah nak menjangkau 19 nie..
takutnyeee... :_
hehehe bukan takut ape..tapi takut dah tua kan.
tapi nak buat macam mane kita nak ke tak nak semua tu dah tertulis yang kita akan laluinye..

selain tu..sebenarnya nurul takut pasal nak kawin..
heheheh (gatal)
yela umur dah 19 mesti la nak kawin kan..tp 
nurul rasa 19 tahun bukan la umur yang sesuai..
tunggu la dulu nanti dalam 4 or 5 tahun lg 2 boleh la rasenye..
lagi pun nak belajar dulu..
nak puaskan kemahuan mak and keluarga..
nurul sayang sangat kat semua...
rindu mereka...

dan sebenarnya nurul takut semakin usia yang meningkat ni..
nurul takut dosa makin bertambah..
harap2 tidak..

last nurul takut nak tinggalkn dunia nie..
nurul belum bersedia...
amaln yang nurul lakukan belum cukup untuk nurul bawa bersama..
ad  orang kata,ajal kita akan tiba berdekatan dengan hari lahir kita..
tak pasti samada betul atau pun tak..
2 nurul xthu...

nurul sayang nak tinggal kn semua yang ad di dunia  nie..
semua yang kat dunia nie indah sangat...
lagi2 bile kite bersama keluarga dan kawan-kawan..
nurul tak sanggup..
nurul sayang semua..

untuk keluarga,nurul minta maaf seandainya adik ad buat salah..
halalkan makan minum selama ni ye..
terima kasih sebab dah bagi kehidupan tuk adik..
and terima kasih sebab dah sayangkan adik selama nie..
huhu :( sayang semua..

untuk kawan-kawan tersayang..
nurul sayang korang sangat2..
nurul mintak maaf ye kalau selama menjadi kawan.nurul ad buat salah..
terima kasih sebab sudi berkawan dengan nurul..
:)

hehehe nurul bukan apa buat status macam nie...nurul sajeje yela
kite tak tahu kan apa yang bakal berlaku pada kite..
oleh tu,awal2 nurul mintak maaf..
heheh nak raye lambat lagi..

TERIMA KASIH SEMUA

19 tahun yang amat bermakna.. (17.2.2012)

    by nurul (lol) 





Sunday, February 5, 2012

KASIH....

Kau adalah sumber inspirasiku
kehadiranmu dalam hidupku
membawa sinar bahagia
Kau sungguh istimewa bagiku


KASIH....
Mencintai dirimu
memberiku harapan
Setiap kali aku kecewa
kau datang mengubati kekecewaanku
lalu aku bangkit semula

KASIH....

Tidak pernah kulupa
kau selalu menggembirakanku
Setiap kali aku bersedih
bila mengenangkanmu
hatiku bertukar menjadi gembira

KASIH....

Setiap kali aku kesunyian
kau selalu disampingku
Setiap kali kau tersenyum
membuat jantungku berdenyut denyut

KASIH....

Kutujukan puisi kasih ini istimewa untukmu
sebagai tanda betapa bermaknanya kau bagi diriku

KASIH....

Aku amat mencintaimu 

ku berharap bahawa dirimu akan menyadarinya
bahawa aku amat dan teramat
menyayangi mu..
khas buat mu 
_ _ _ _ _ _...









aicha (cerpen copy and paste)


Aku melihat meja kerja yang dipenuhi dengan fail tugasan yang bertimbun. Seketika kemudian aku menutup mataku. Dadaku terasa sesak. Kebelakangan ini kerjaku bertambah. Aku pula perlu melakukan segala-galanya dengan baik dan kemas. Hal ini kerana, syarikat tempat aku bekerja tidak teragak-agak untuk memecat pekerja yang merosot prestasinya. Mereka tidak akan merasa rugi kehilanganku kerena masih ramai lagi orang yang berlumba-lumba  untuk mengisi tempat di mana aku berada.
Aku menghela nafas lemah. Jari jemari mengurut dahi.
Aku tidak boleh terus  begini. Ada manusia yang hidup di bawah tanggunganku.  Ada manusia yang berhempas pulas memberikan kehidupan kepadaku. Ada manusia yang aku sayang berkorban untuk keselesaan hidupku.
Kemalasan aku bukanlah balasan kepada kegigihannya.
Perlahan-lahan aku gapai semula pen yang aku biarkan tersadai tadi. Selepas menggumam basmalah, aku mencapai fail yang berada di tempat yang teratas dan aku buka.
“Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 286. Ayat itu aku baca tanda percaya.
Kerja aku mula.
*****
Tanganku dikucup. Begku diambil. Aku memandang wajahnya  yang mulus bersih itu.
“Macam mana kerja abang hari ini?” Suaranya menyentuh gegendang telingaku.
Senyumannya yang manis telah memadamkan segala keletihan dan kepenatan. Terangkat segala resah dan gelisah. Hilang segala penat dan lelah. Pantas kukucup dahinya. Dia tidak sempat mengelak. Wajahnya merona merah.
“Abang! Orang nampak nanti.” Dia mengomel sambil menolak bahuku sedikit. Menjarak.
Aku tersenyum. Aku memang suka wajahnya apabila malu. Kemerah-merahan mencuit hatiku. Pantas kupaut tangannya. “Jom masuk?” Aku mengajak.
Dia tersenyum kembali. Membalas pautan tanganku dengan genggaman erat telapak tangannya.
“Abang letih sangat ya?”
“Lebih kurang.” Aku menjawab pendek.
“Jangan risau, abang dah sampai rumah.” Matanya mengenyit.
Dan aku tertawa. Seakan-akan bila aku berada di rumah, aku dilindunginya.
****
“ Minum?” Dia ingin menarikku ke meja makan.
Aku menggeleng. Letih. Namun aku masih berusaha menceriakan roman wajahku. Walaupun isteriku mengetahui aku letih, aku suka untuk tidak memaparkannya.
Lantas dia menarik tanganku ke ruang tamu. Kami berdua duduk di sofa empuk yang terletak di hadapan televisyen. Sunyi mengisi senggang. Televisyen pula tertutup mati. Tiada bicara keluar.
“Kenapa saya nampak abang senyap sangat ni?” Dia memecah sunyi. Ada nada risau pada suaranya.
Aku menatap wajahnya. Senyumanku berbunga. Hati aku jadi lapang. Melihat wajahnya yang bersih itu sahaja sudah cukup menyenangkan, apalagi bila dilayan dan diambil berat sebegini rupa. Tanganku menggapai kepalanya. Rambutnya yang hitam lembut itu kuelus.
“Kerja banyak di pejabat. Bertimbun. Tension.” Aku mengadu.
“Oh. Kesiannya.” Tangannya pula merayap ke dahiku. Mengurut. Buat senyumku automatik melebar.
“Abang dah solat Isya’?” Dia bertanya.
Aku mengangguk. “Alhamdulillah sudah. Semasa perjalanan balik tadi abang singgah ke masjid”
“Macam itulah suami saya. Taat. InsyaAllah, bila taat ini, Allah permudahkan urusannya.”
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Surah Muhammad ayat 7.
Aku dengan dia membaca serentak. Kemudian mata kami bertaut. Dan tawa terpecah.
“Boleh tersama pula.” Dia masih menyambung tawa. Wajahnya kelihatan indah.
“Ini penangan satu fikrah.” Aku mengganti tawa dengan senyuman. Nyata terhibur.
“Ah, abang nak saya buatkan air?” Dia mengangkat tanganku yang bermain dengan rambutnya. Kening kirinya diangkat tanda inginkan jawapan segera.
“Solehahnya isteri abang ni. Baiklah, abang nak jus oren boleh?”
“Abang ni, mana ada jus oren dalam rumah ni.” Dia mencebik.
“Kalau macam tu, abang nak Jus Guava”
“ Abang!” Dia mencemikkan muka.
Aku tertawa. Mana ada jus kat rumah aku. Kordial ada la. Itupun kordial sirap.
Aku menarik kedua belah tangannya. “Abang gurau la. Boleh tak kalau abang nak sayang duduk sebelah abang sekejap?”
“Boleh sangat.” Senyuman tergaris pada bibirnya. Dia merapat kepadaku kembali. Kepalanya jatuh pada bahu.
“Abang tahu tak?”
“Ya?”
“Abang ni manja.”
“Haha.”
*****
“Anak-anak ayah rajin ya?” Aku memecahkan sunyi di bilik belajar. Patutlah senyap sahaja apabila aku balik. Tekun menelaah pelajaran rupanya.
Ketiga-tiga anakku menoleh. Toriq, Wasim dan Firdaus memandangku serentak.
“Ayah!” Suara mereka separuh menjerit.
Pantas mereka mendapatkanku dan memelukku serentak. Aku mengusap rambut mereka satu persatu. Isteriku yang berada di meja belajar hanya memandang sahaja. Tadi dia sudah naik lebih awal.
“Jom duduk sama.” Isteriku mengajak.
Aku ditarik anak-anak ke meja belajar. Kami berlima duduk bersama-sama. Aku duduk di antara Toriq dan Wasim manakala isteriku duduk di antara Wasim dan Firdaus. Meja bulat itu penuh dikelilingi kami.
“Ulang kaji atau buat kerja rumah?”
“Ulang kaji.” Mereka bersuara serentak.
“Cikgu tak bagi kerja rumah ke?” Aku bertanya.
“Semua kerja rumah dah siapkan sebelum balik tadi.” Toriq yang sulung menjawab.
“Ibukan ajar supaya siapkan kerja rumah sebelum balik.” Firdaus si bongsu menambah.
“Ibu kata, kalau kerja rumah siap awal-awal barulah ada banyak masa. Boleh pergi main, boleh tengok televisyen, boleh baca Al-Quran, boleh main komputer, dan boleh ulangkaji supaya lebih pandai dan lebih bagus daripada orang lain!” Waqqas, atau senang dipanggil Angah bersuara. Petah.
“Asyik ibu sahaja, ayah tak ada siapa yang sebut pun.” Aku buat gaya merajuk.
Bilik itu gamat dengan ketawa.
Mataku memandang dia. Dia meleret senyum manis. Aku memang tahu, dia mendidik anak-anak kami dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Sebab itulah anak-anakku membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang menyenangkan.
“Anak-anak itu adalah ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak saham akhirat, jadi saya akan usaha corakkan mereka cantik-cantik biar mereka ini menjadi pakaian kita di akhirat kelak.” Itulah kata-kata dia pada saat dia mengandungkan Toriq. Aku masih ingat, saat itu dia mengusap perutnya yang membusung itu tanda pengharapan dan cita-cita yang tinggi.
Hatiku kembang dalam diam. Penat kerjaku, resah jiwaku, sekarang seperti benar-benar menghilang.
Mataku memerhatikan sahaja dia melayan anak-anakku yang sedang belajar. Anak-anak lebih cenderung untuk bertanya dengannya. Jika tidak mampu dijawab, barulah aku menjadi tempat rujukan.
*****
“Abang.”
“Ya saya?” Aku bangun dari sejadah. Solat witir selesai.
“Kalau saya nak ‘spill’, abang sudi dengar?”
Terkoyak bibirku dengan senyuman. “Jangan kata sayang ‘spill’, saya nak ‘spit’ pun abang sanggup dengar.”
Melayang bantal ke arah aku. Segera kutangkap. Tertawa.
Kemudian suasana bertukar sunyi. Wajahnya berubah menjadi mendung.
Hati aku tercuit. Kenapa? Aku segera bergerak mendekatinya. Naik ke atas katil dan duduk di sebelahnya. Bantal yang kutangkap tadi, aku letakkan pada pehaku.
“Kenapa ni sebenarnya? Matahari abang jadi malap pula ni?”
“Saya cemburu la dengan abang.”
“Aik. Cemburu apanya? Mana ada saya cari yang lain?”
Dia tersenyum kelat. “Ke situ pula dia.” Pinggang aku dicubit. Aku mengaduh. Kemudian tertawa. Tetapi nyata dia masih tidak gembira.
“Baik, baik. Sayang cemburu apa? Cerita dekat abang. The whole night pun tak mengapa.”
“Saya cemburu tengok abang sebagai lelaki. Abang boleh berjuang lebih banyak daripada kami perempuan. Kalau perasan, panglima-panglima perang adalah dari kalangan lelaki. Majoriti pemimpin masyarakat adalah dari kalangan lelaki. Lelaki fitrahnya lebih kuat dan banyak tenaga daripada kami, jadi boleh buat lebih banyak kerja. Lelaki sukar untuk jatuh dalam ruang emosi menyebabkan pandangannya kebiasaannya adalah rasional. Saya cemburu. Saya perempuan. Jaga anak. Kemas rumah. Apa sumbangan saya kepada ummat?” Dia menunduk. Muncung.
Mata aku membesar. “La hawla wala quwwata illa billah. Ini yang sayang saya fikir sampai mendung wajahnya?”
Dia mengangguk.
Perempuan lain sedih kerana tidak dibelikan baju yang cantik, kerana suaminya tidak ingat hari ulang tahun perkahwinan, sedih kerana tidak diberikan hadiah, dan isteriku sedih kerana merasakan sumbangannya sedikit untuk ummat dan membawa Islam?
Subhanallah.
Perlahan-lahan tanganku menggapai dagunya. Menggerakkan wajahnya agar kami bertentang muka.
“Sayang. Jangan cakap macam itu. Siapa kata sumbangan sayang sedikit?”
Dia diam.
“Bukankah semua lelaki itu dilahirkan oleh perempuan?” Aku bersuara. Tanganku mengusap pipinya. Aku dapat melihat matanya bergerak perlahan-lahan menatap wajahku.
“Bagaimana kalau perempuan-perempuan berhenti mendidik anak? Bukankah peratus untuk dunia ini dipenuhi anak-anak yang soleh, pemuda-pemudi yang soleh solehah akan menjadi sedikit?”
Dia masih diam.
“Dan bagaimana pula kalau lelaki-lelaki seperti abang ini, isterinya tidak melayannya dengan baik, tidak mengingatkannya kepada Allah SWT? Bukankah peratus untuk pemimpin-pemimpin yang baik itu wujud, lelaki-lelaki yang boleh menjadi tokoh masyarakat itu wujud, akan menjadi lebih sedikit?”
“Maka sayang yang abang kasihi. Sayang ini sebenarnya salah seorang daripada Soldadu Ilahi juga. Walaupun mungkin tidak mengangkat senjata seperti kebanyakan mujahid, tetapi sayang mencorakkan para mujahid daripada rumah lagi. Semenjak kandungan lagi. Sayang menjadi pendamping kepada mujahid, memberikan semangat kepadanya, menguatkannya. Bukankah itu satu perjuangan, dan satu sumbangan?”
“Allahuakbar.” Lafaz itu terluah daripada mulutnya. Aku dapat melihat air matanya tumpah. Mengalir perlahan-lahan pada pipi.
“Mari sini.” Aku menariknya. Merangkul pinggangnya. Membiarkan kepalanya merapat pada dadaku.
“Sayang sentiasa berharga untuk abang. Sentiasa berjasa. Sayang ringankan beban abang. Ceriakan jiwa abang. Bahagiakan hari-hari abang. Sayang didik anak-anak kita menjadi yang menyenangkan. Sayang sentiasa ingatkan kita sekeluarga kepada Allah SWT, dan sentiasa menyulami hari-hari kita dengan peringatan kepadaNya. Kalaulah sayang kata jasa sayang masih sedikit untuk ummah ini dan kami semua, maka abang akan malu kepada Allah SWT untuk menghadapkan kerja-kerja abang kepadaNya. Nyata, abang lebih sedikit bekerja jika demikian gayanya.” Rambutnya kuusap perlahan-lahan.
Aku dapat merasakan baju putih aku basah. Air matanya mengalir.
“InsyaAllah. Saya akan usaha yang lebih baik lagi untuk menjadi perempuan yang tergolong dalam kalangan tentera Allah SWT.” Dalam sedu dia bersuara.
Aku di dalam jiwa berkali-kali memujiNya.
Malu.
Bagaimana aku boleh merungut dan merasa letih dengan kerja-kerjaku?
Perlahan-lahan aku mengucup ubun-ubunnya.
Ya Allah, nyata Engkau mengajar aku dengan jalan yang tidak disangka-sangka.
*****

Aku mengambil fail yang terakhir. Rasa lapang pula hatiku ini. Seimbas kenangan-kenangan terhadap seorang manusia yang sering berada di sisiku, yang Allah anugerahkannya kepadaku, maka dengan alasan apa pula aku hendak bermalasan di dalam kerja-kerjaku?
Fail yang terakhir itu kuselesaikan segera. Sebaik sahaja aku usai meneliti dan menurunkan tanda tangan, aku pantas melihat jam tangan. 6.30 petang. Alhamdulillah. Tidak terlalu lewat. Kerana melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan cermat. Habis awal.
Pantas aku mengeluarkan telefon pintarku. Nama isteriku kucari, dan kemudian punat dail kutekan.
Aku menunggu.
Kedengaran panggilanku diangkat. Salamnya mendahului suaraku. Aku tersenyum.
“ Sayang malam ni lepas isya’, kita makan di hotel nak? Abang teringin nak belanja sayang dan anak-anak makan….”
“Demam? Taklah. Tinggal seorang soldadu Ilahi di balik rumah tangga itu telah memberikan semangat kehidupan yang baru kepada abang.”
“Ini bukan nak gulakan sayang la. Ini namanya mencoklatkan sayang.”
“Boleh tak wahai sayangku Aicha?”
Dan jawapannya adalah ya.
Seorang Soldadu Ilahi di balik rumah tangga.
Buat aku berfikir sejuta kali sebelum bermalas-malasan di atas jalanNya. Aku pantas bangun untuk keluar dari pejabat. Sambil itu, kusambungkan telefon pintarku dengan alat pendengar. Kusumbatkan ke dalam telinga. Mendengar lagu kegemaran diri.
*********
[Verse 1]
So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don’t nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real
She moves, she moves like a breeze
I swear I can’t get her out of my dreams
To have her shining right here by my side
I’d sacrifice all them tears in my eyes
[Chorus:]
Aicha Aicha – passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha – my my my (is it really real)
Aicha Aicha – smile for me now
Aicha Aicha – in my life
[Verse 2]
She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears
[1/2 Chorus]
[Bridge]
She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo
[Verse 3]
Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining right right here by my side
I’d sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha – ecoute moi
Song: Aicha.

Friday, February 3, 2012

bosan..and last jumpe nie..!! haha lucu

robot kesan bohong


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
(hahah pikir2 la ye..)



...................................................................................


 sudu dan doktor..


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

..............................................................................................................